Saturday, May 23, 2009

Kisah Hidupku




Shidah and Hamlan

Pn. Nor'Asidah dilahirkan pada 11 Januari 1963 di Dusun Tua Hulu Langat. En. Hamlan dilahirkan pada 8 November 1962 di Batu 14 Hulu Langat. Pasangan ini berkahwin pada
8 November 1986 sempena hari lahir suami tersayang dan dikurniakan 8 0rang cahayamata.

Pn. Nor'Asidah menerima pendidikan awal di SK Dusun Tua Hulu Langat sehingga Darjah 6. Semasa dalam Darjah 6. beliau menjadi Ketua Pengawas sekolah. Melanjutkan pelajaran ke SMK Abdul Jalil Hulu Langat sehingga Tingkatan 5. Menjadi Penolong Ketua Pengawas dan Sidang Ridaksi Majalah semasa di Tingkatan 5. Melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di SMK
Sultan Absul Aziz Shah Kajang. Selepas tamat alam persekolahan, beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Bahasa Lembah Pantai Kuala Lumpur sebagai guru. Beliau pernah mengajar di
SRK Bukit Bintang Lelaki (!) Petaling Jaya, SRK Kelana Jaya (!) Petaling Jaya, SK Sungai Lui
dan SK Cheras Jaya.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Kanan HEM selama 4 tahun di SK Sungai Lui 1998-2002 dan Penolong Kanan Petang di SK Cheras Jaya dari tahun 2005 hingga kini.

En. Hamlan bin Shariff menerima pendidikan awal di SK Jalan Semenyih (1) Kajang sehingga Darjah 6. Melanjutkan pelajaran ke SMK Tinggi Kajang sehingga ke Tingkatan 3. Selepas itu,
beliau bersekolah di SMK Abdul Jalil Hulu Langat sehingga ke Tingkatan 5. Menjadi Penolong Ketua Pengawas, AJK Sidang Ridaksi Majalah semasa di Tingkatan 5. Dianugerahkan pelajar cemerlang SPM pada tahun 1980. Menyambung pelajaran di SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang dan dilantik menjadi Pengawas Sekolah semasa Tingkatan 6. Selepas tamat alam
persekolahan, beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Seri Kota, Jalan Kuantan Kuala Lumpur. Mengajar di SK La Salle (1) Brickfields Kuala Lumpur sehingga kini. Beliau menjawat jawatan GPK KoKurikulum di sekolah tersebut.

Pasangan ini dikurniakan 8 orang cahayamata. Anak sulung Siti Hajar berumur 22 tahun, Hud berumur 20 tahun, Muazam Shah berumur 19 tahun, Hasbullah berumur 17 tahun, Alqullia
berumur 15 tahun, Basri berumur 10 tahun, Hafizudin berumur 7 tahun dan Nurhidayah
berumur 4 tahun.

Siti Hajar Bte HamlanHud Bin Hamlan
Muazam Shah Bin HamlanHasbullah Bin Hamlan


Al-Qullia Bte HamlanBasri Bin HamlanHafizudin Bin Hamlan
Nur Hidayah Bte Hamlan